Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA BHARU – Semua remis-premis perniagaan terutama kompleks beli-belah dan pasar raya diarahkan untuk menutup operasi sempena sambutan hari pertama Hari Raya Aidiladha pada hari Rabu depan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, pelaksanaan itu selari dengan keputusan yang dibuat pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.
“Kerajaan negeri memutuskan semua premis makanan segera termasuk kedai serbaneka seperti 7-Eleven, eMart, Family Mart dan perniagaan seperti itu ditutup sehingga pukul 1 tengah hari pada hari pertama Hari Raya Aidiladha.
“Kompleks beli-belah dan pasar raya besar pula perlu ditutup sepenuhnya pada hari tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Kompleks beli-belah, pasar raya Kelantan tutup hari pertama Aidiladha appeared first on Kosmo Digital.
