Auto Added by WPeMatico

PERJUANGAN dua bintang program Big Stage Alpha, Ashmirul dan Qarl G terkandas apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu kedua Big Stage Alpha.
Pada konsert yang berlangsung di Royal Theatre di sini, Ashmirul dan Qarl G berada di kedudukan tercorot.
Menurut Ashmirul, dia bersyukur diberikan peluang untuk menyertai program tersebut.
Terima kasih kepada Allah sebab beri peluang untuk ke hadapan.
“Saya juga keluar dari zon selesa dan minta maaf kerana sampai di sini sahaja perjuangan saya,” katanya.
Manakala, Daniel Sher pula berjaya mendominasi minggu kedua dengan meraih markah tertinggi dalam kalangan 11 peserta lain.
Sementara, 10 peserta lain yang berjaya meneruskan saingan di peringkat seterusnya ialah Ray D, Awienit, Aeril Fesol, Que dan Araff.
Selain itu, Afiq Sky, Daniel Sher, Rizal Rasid, Izat Ibrahim dan Allan Anderson juga berjaya mara ke minggu ketiga.
Untuk saingan minggu ketiga, peserta masih terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Alpha Ultra dan Alpha Prime serta bakal membawakan lagu-lagu bertemakan Revibe.
Terdahulu, Big Stage buat julung kali menampilkan format all-male spin-off bagi memberi saingan buat 18 bintang lelaki merebut peluang menjadi kumpulan lelaki pertama naungan Astro.
Kesemua peserta akan diuji setiap minggu menerusi persembahan solo dan misi berkumpulan berdasarkan tema diberi.
Markah akan diberikan juri tetap namun undian peminat akan menentukan siapa yang layak ke peringkat akhir.
Selain Syafinaz, Big Stage Alpha turut menampilkan penyanyi Hael Husaini dan Edry Abdul Halim sebagai juri tetap. – HIBGLAM
The post Ashmirul, Qarl G tersingkir minggu kedua Big Stage Alpha appeared first on HibGlam.