Auto Added by WPeMatico

![]()
HANOI – Seorang bekas ratu cantik Vietnam menerima kecaman orang ramai selepas suaminya dirakam menggunakan susu ibu miliknya untuk membuat kopi, lapor portal berita VNExpress.
H’Hen Nie yang pernah dinobatkan sebagai Miss Universe Vietnam pada 2017, membuat permohonan maaf di platform Facebook semalam.
“Saya memohon maaf atas isu terbaru tentang saya dan suami yang memberi kesan kepada orang ramai. Saya juga memohon maaf kepada rakan-rakan suami saya dan keluarga mereka selain berharap semua orang dapat menerima permohonan maaf ikhlas kami,” tulis Nie.
Kontroversi itu tercetus selepas suami Nie, Tuan Khoi menyiarkan klip video memaparkan dirinya mengambil botol berisi susu ibu lalu dibancuh bersama kopi sebelum berkongsi dengan rakan-rakannya.
Nie kemudian menyiarkan semula video tersebut dengan keterangan bertulis: “Khoi sangat nakal. Saya harap lelaki itu (suaminya) masih waras untuk bekerja.”
Rakaman itu mencatatkan lebih 1 juta tontonan dan sebilangan netizen menyifatkan perbuatan itu sensitif sekali gus tidak sesuai dari sudut perubatan serta budaya. – AGENSI
The post Bekas ratu cantik minta maaf pujuk suami guna susu ibu bancuh kopi appeared first on Kosmo Digital.