Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki disyaki mencuri aksesori subang di sebuah premis pusat beli-belah dikecam ramai selepas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian tular di media sosial.
Menerusi hantaran di TikTok, kelihatan tiga remaja lelaki berpura-pura meneliti aksesori subang sebelum dilihat memasukkannya ke dalam plastik.
Video berdurasi 46 saat itu turut menunjukkan pasangan kekasih dipercayai rakan kepada remaja lelaki terbabit seolah-olah cuba mengalih perhatian pemilik kedai.
Remaja lelaki berkenaan bagaimanapun hanya menyedari terdapat televisyen litar tertutup (CCTV) ketika meninggalkan premis terbabit.
Tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
“Duit untuk mewarnakan rambut ada pula. Nak beli subang, tak ada duit, sehingga sanggup mencuri,” komen @Shinji_hage
“Kalau tak mampu jangan sampai mencuri. Rambut dah berkarat (berwarna), berjalan-jalan di pusat beli-belah macam banyak duit, tiba-tiba mencuri pula,” kata Alya.
“Kalau nak mencuri barang keperluan, boleh dimaafkan lagi, tapi lebih baik jangan mencuri. Ini sudahlah curi subang, tak perasan ada CCTV pula,” komen @Oyenakhlaken –KOSMO! ONLINE
The post ‘Sudahlah mencuri, tak perasan CCTV atas kepala’ appeared first on Kosmo Digital.