Auto Added by WPeMatico

BUENOS AIRES – Sekumpulan saintis di Argentina menemui tapak sulaiman yang memiliki ‘punggung’ besar di Lautan Atlantik Selatan, lapor portal berita All Thats Interesting (ATI) kelmarin.
Penemuan itu dibuat semasa ekspedisi selama 20 hari di dasar laut Mar Del Plata baru-baru ini.
Kumpulan saintis daripada Majlis Penyelidikan Saintifik dan Teknikal Kebangsaan serta Institut Lautan Schmidt menemui tapak sulaiman itu ketika meninjau keadaan dasar laut menggunakan kapal selam kawalan jauh.
Tapak sulaiman itu dikenali sebagai Hippasteria kerana ‘berkaki pendek’ dan memiliki ‘punggung yang montok’.
Sebilangan pengguna media sosial menyamakan spesies itu dengan watak siri kartun popular SpongeBob SquarePants, Patrik Star.
“Walaupun tapak sulaiman memiliki sistem penghadaman dan dubur yang lengkap, ia bukan terletak seperti apa yang dikatakan oleh pengguna media sosial.
“Namun, persamaan dengan punggung Patrick Star sangat lucu,” kata ahli biologi dan kurator di Muzium Sains Semula Jadi Negara Argentina, Mariela Romanelli. – AGENSI
The post Saintis temui tapak sulaiman punggung besar appeared first on Kosmo Digital.