Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Seorang pengantin lelaki di Indonesia mencuri perhatian ramai kerana sanggup menggendong isterinya untuk melalui jalan yang dilanda tanah runtuh demi untuk berkahwin, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Wonosobo, wilayah Jawa Tengah kelmarin.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mas_day50 menunjukkan lelaki itu mengangkat pengantin perempuan merentasi jalan yang licin dan dipenuhi tanah.
Mereka sanggup meredah kawasan tidak rata itu sambil memakai pakaian tradisional Jawa.
Difahamkan, laluan ke lokasi majlis perkahwinan mereka ditutup susulan tanah runtuh.
Rakaman itu mencatatkan lebih 43,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Pengantin banyak pengorbanan,” kata seorang netizen. – AGENSI
The post Biar tanah runtuh, kahwin tetap kahwin appeared first on Kosmo Digital.