Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – “PMX! Berapa nak let go (jual) ‘light stick’ tu? Saya bida harga paling tinggi.”
Itu antara komen rata-rata peminat penyanyi Korea Selatan, G-Dragon yang membanjiri ruangan media sosial selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi beliau menerima cenderahati istimewa daripada bintang K-pop terkenal tersebut.
Anwar sebelum ini memuat naik gambar di media sosialnya memaparkan beliau telah menerima sekeping cekera padat album G-Dragon berserta tanda tangan penyanyi itu dan satu set ‘light stick’ selepas menghadiri majlis makan malam pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Korea Selatan baru-baru ini.
“Lupa nak kongsi, tempoh hari saya dan pimpinan APEC dapat hadiah dari G-Dragon,” kata Anwar.
Beberapa minit kemudian, ruang komen hantaran Anwar itu terus dibanjiri kata-kata netizen, malah ada yang sempat bergurau sanggup membayar dengan harga mahal untuk memilik dua cenderahati istimewa tersebut.
“PMX, tolong bagi tahu harga paling mahal berapa? Saya sanggup beli. Saya tahu PMX tak perlukan pun dua barang itu…please (tolong),” rayu Adinda.
Selain itu, ada juga peminat G-Dragon memohon untuk Anwar menjualnya pada harga lebih murah kepada individu bertuah.
“Salam hormat YAB PMX boleh tak jual dua-dua dengan harga rahmah?,” soal Cvera Cvd.
Ada juga peminat tegar penyanyi legenda kumpulan BigBang itu yang cemburu manja melihat Anwar memperoleh dua cenderahati tersebut.
“Kami tunggu bertahun nak dapat pegang lightstick original G-Dragon bagi sendiri, PMX pula yang dapat dulu!,” seloh Anisaa.
“Tak aci (adil), nak juga,” kata Nadiah Noh. – KOSMO! ONLINE
The post PMX! Berapa nak let go light stick tu? appeared first on Kosmo Digital.