Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – “Healing dengan cucu,” tulisan ringkas namun mencuri perhatian warganet apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik video dirinya bersantai bersama salah seorang cucu perempuan di kediamannya hari ini.
Dalam hantaran di laman sosial, Anwar memaklumkan beliau kini sedang berehat dan kesihatannya semakin pulih selepas mengalami masalah sakit belakang baru-baru ini.
“Alhamdulillah, kian beransur pulih. Terima kasih atas doa semua. Boleh saya cium awak, cium mak awak. Awak seorang anak yang bagus,” katanya dalam klip video tersebut.
Sebelum ini, Anwar terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang yang dijadual berlangsung Ahad lalu atas nasihat doktor selepas mengalami kesakitan yang mengehadkan pergerakan.
Menurut Pejabat Perdana Menteri, beliau dinasihatkan agar berehat secukupnya dan memohon maaf kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadirannya.
Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mendoakan kesihatan Perdana Menteri agar cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa selepas ini.
“Semoga PMX cepat sihat, seronok tengok bonding dengan cucu, nampak tenang betul,” tulis Luqman Hakim.
“Sweet betul! Kadang-kadang healing terbaik memang dengan keluarga, bukan bercuti jauh pun. Lekas sembuh Datuk Seri,” @aisyahzara. -KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] ‘Healing’ dengan cucu, Anwar kongsi momen manja ketika berehat appeared first on Kosmo Digital.