Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Kerabat Diraja Johor menerima khabar gembira apabila Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor selamat melahirkan seorang puteri, semalam.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu Pengumuman Diraja oleh Jumaah Majlis Diraja Johor bertarikh hari ini.
“Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Jumaah Majlis Diraja mengumumkan bahawa Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor telah selamat melahirkan seorang puteri,” katanya.
Dalam masa sama, kedua-dua ibu dan bayi dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan puterinya berada dalam keadaan sihat walafiat,” katanya.
Jumaah Majlis Diraja Johor turut menzahirkan doa agar keluarga diraja terus dikurniakan kesejahteraan dan keberkatan.
“Jumaah Majlis Diraja berdoa semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, keceriaan dan bertambah kedaulatan untuk Kerabat Diraja Johor,” jelasnya – KOSMO! ONLINE
The post Che’ Puan Mahkota Khaleeda selamat melahirkan bayi perempuan appeared first on Kosmo Digital.
