Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Mahkamah Majistret Khas Trafik di sini hari ini menetapkan 20 Mei depan bagi hukuman terhadap seorang remaja lelaki bawah umur yang memandu Honda Jazz secara berbahaya hingga menyebabkan tiga maut dalam kemalangan di Senawang pada Mac tahun lalu.
Peguam, Johan Radzi berkata, hukuman ditangguhkan berikutan laporan perubatan dan akhlak lelaki berusia 18 tahun itu masih belum siap dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu membuat rujukan silang dengan pihak hospital.
Sepatutnya hukuman terhadap tertuduh diputuskan hari ini bagi laporan akhlak dan fakta kes kerana dia merupakan pesalah muda. Terdahulu, pesalah muda itu hadir berkerusi roda ke mahkamah ditemani keluarganya.
Prosiding sebutan semula kes hari ini berjalan di hadapan Majistret, Nurul Azuin Mohd. Talhah manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zainudin. Turut hadir Pegawai Perintah Khidmat Masyarakat JKM, Faizudin Ahmad Zaini.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan pada 17 Disember lalu, pesalah muda itu membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan memandu Honda Jazz secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, Muhammad Aswari Lotpi, 16, dan Aisar Azim Abdullah, 17. – KOSMO! ONLINE
The post Keputusan hukuman pemandu Honda Jazz 20 Mei depan appeared first on Kosmo Digital.
