Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Pelakon baharu Arabella Allen mengakui masih belum bersedia menerima tawaran naskhah bergenre seram kerana dirinya seorang yang penakut.
Menurut pemilik nama penuh Arabella Ellen John Robert Nelson, 20, jadual penggambaran drama ataupun filem seram yang selalunya dijalankan pada waktu lewat malam juga antara faktor utama dia enggan terlibat dengan naskhah bercorak demikian.
“Tak berani dan takut walaupun saya suka menonton cerita seram tapi tetap tutup mata bila ada babak mengejutkan.
“Mungkin saya belum bersedia juga sebab diri sendiri yang nak berlakon tambahan pula penggambaran cerita seram selalunya pada waktu malam sehingga pagi,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.
Bekas naib juara Dewi Remaja 2023 itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk mencabar diri sekiranya diberikan peluang untuk menjayakan naskhah seram satu hari nanti.
“Cerita seram macam seronok. Kalau satu hari nanti dapat tawaran, mungkin saya terima dan cuba.
“Mungkin saya boleh cabar diri daripada terlalu memikirkan tentang rasa takut termasuk tentang hal-hal mistik,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, dia bakal muncul dalam sebuah drama Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup yang akan ditayangkan menerusi siaran Astro Ceria bermula 14 November depan.
Drama enam episod tersebut turut dibintangi Diana Danielle, Alif Satar, Bell Ngasri, Elly Mazlein, Niezam Zaidi, Ezzanie Jasny dan Fimie Don. – KOSMO! ONLINE
The post Penakut, belum sedia berlakon cerita seram – Arabella Allen appeared first on Kosmo Digital.