Auto Added by WPeMatico

KUCHING – Lagak samseng seorang lelaki memegang pistol tiruan ketika memandu di persimpangan Jalan Keretapi di sini membawa padah apabila ditangkap polis semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di sebuah rumah selepas pihaknya mengesan satu video berdurasi sembilaan saat menunjukkan lelaki itu memegang pistol tular di media sosial.
“Hasil soal siasat suspek mengaku terlibat dalam kes ini. Semakan lanjut mendapati senjata yang dipegangnya adalah tiruan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memberitahu, suspek juga memiliki dua rekod jenayah dan positif dadah.-KOSMO! ONLINE
The post Lelaki tunjuk pistol mainan ada kes jenayah, positif dadah appeared first on Kosmo Digital.