Auto Added by WPeMatico

KURANG tiga minggu bergelar isteri, penyanyi dan pelakon, Erissa Puteri sudah menjadi bualan hangat apabila memuat naik gambar perkahwinannya bersama suami, Muhamad Danial Iskandar dalam media sosial.
Menerusi hantaran tersebut, Erissa atau nama sebenarnya Erissa Puteri Hashim, 22, anggun menggayakan busana pengantinnya dengan kapsyen ‘pengakhiran yang bahagia’.
Pun begitu, perkongsian pelantun lagu Matahari yang sepatutnya dituai pujian itu dibanjiri takzirah pendek netizen yang kurang senang melihat gaun dipakainya terlalu terdedah sehingga menampakkan bahagian dada.
Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengecam pakaian Erissa yang dikatakan agak keterlaluan dan tidak bersesuaian dari sudut agama.
“Nanti bila dah bertudung rasa rugi tidak ada gambar pakai tudung masa nikah. Percayalah,” ujar netizen.
“Maaf nak cakap tetapi baju itu tidak kena dengan agama kita,” kata seorang netizen.
“Percaya saya, satu hari awak nak bertudung, awak akan ada rasa menyesal sebab masa nikah tiada gambar bertudung,” komen pengguna media sosial.
Sebelum ini, Erissa dan Danial mendirikan rumah tangga pada 18 April lalu selepas mengikat tali pertunangan pada awal Januari tahun ini. – HIBGLAM
The post Gaun kahwin dedah dada, Erissa Puteri kena ‘tazkirah’ appeared first on HibGlam.