Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Taktik penipuan dalam talian menggunakan kaedah panggilan senyap (silent call) apabila ramai menerima panggilan tiada suara untuk dirakam sebagai bahan penipuan.
Menurut Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Inspektor Tai Yong Keong, panggilan senyap bertujuan sebagai alat saringan mangsa oleh sindiket penipuan dalam talian.
“Sindiket penipuan dalam talian akan merakam suara dalam beberapa saat sekali gus menyumbang kepada jenayah komersial dan jenayah penipuan.
“Sindiket ini mampu mengubah suara dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) untuk menghubungi keluarga atau kenalan kita untuk penipuan.
“Jangan terus menjawab panggilan atau memberi salam selepas menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Tunggu pemanggil bercakap terlebih dahulu,” katanya dalam siaran langsung di TikTok @Polis_KL.
Tinjauan Kosmo! mendapati ramai mengingatkan agar lebih berhati-hati ketika menjawab panggilan tidak dikenali.
“Selepas ini, tak perlu terima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali. Pesan kepada keluarga dan kawan, kalau terdesak boleh mesej sahaja,” komen @Eroplane79.
“Boleh pastikan keluarga simpan nombor akaun bank kita. Kalau ‘scammer’ minta masukkan ke nombor akaun bank lain, biarkan sahaja,” komen @LimoNadeSen. –KOSMO! ONLINE
The post ‘Silent call’ rupanya rakam suara jadi penipuan AI appeared first on Kosmo Digital.