Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Entah dari mana tercetus spekulasi, hubungan antara penyanyi Bella Astillah dengan ahli politik, Syed Saddiq didakwa netizen kini diganggu seorang wanita yang rapat dengan mereka.
Bahkan, perkara tersebut rancak diperkatakan di laman Threads kononnya ibu kepada Ahli Parlimen Muar itu lebih menyukai individu berkenaan yang juga kakitangan jenama diwakili pasangan terbabit.
Lebih menghangatkan andaian adalah apabila ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dikatakan kerap memuat naik foto bersama wanita dikenali sebagai Ami Ilana itu berbanding Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 31.
Menerusi semakan di Threads, netizen juga mendapati Sharifah Mahani tidak pernah memuat naik hantaran foto bersama Bella menyebabkan timbul tanda tanya berkenaan hubungan mesra yang diperlihatkan di media sosial.
“Saya dah ‘stalk’ Instagram mama Syed Saddiq, gambar Bella tiada (tapi) gambar dengan staf itu ada. Done kepoci (menyibuk),” tulis seorang pengguna Threads.
“Aku baru perasan Instagram mama YB (Yang Berhormat) memang penuh muka perempuan itu dan Bella tak update langsung fasal YB punya (Ironman),” kongsi peminat lain.
Susulan itu, tercetus pula spekulasi lain iaitu dakwaan ibu tunggal anak dua terbabit bukan calon pilihan, sehingga mengundang simpati ramai.
Daripada carian di laman sosial menunjukkan Bella, Syed Saddiq dan wanita berkenaan berkawan rapat apabila sering menghabiskan masa bersama-sama termasuk bercuti di luar negara.
Malah, segelintir pemerhati lain juga meluahkan kebimbangan sekiranya penyanyi itu nanti bakal dikecewakan sekali lagi andai khabar angin tersebut benar.
“Kasihan Bella, kenapa emak teman lelakinya tak sukakan dia sedangkan dia baik gila. Apa kurangnya dia,” tulis netizen.
“Harap Bella tak kena khianat lagi. Orang baik selalu kena khianat. Sumpah tak sanggup tengok dia sedih lagi,” kata peminat.
Susulan itu, ruangan komen dalam Instagram individu yang dikatakan sebagai pengacau itu dibanjiri pelbagai maklum balas netizen.
Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq dikatakan semakin intim selepas mereka serasi bergandingan mewakili beberapa jenama namun masing-masing hanya mengakui tidak lebih daripada kawan.
Membuatkan hati peminat semakin berbunga-bunga apabila bersama keluarga masing-masing, Bella turut menemani lelaki terbabit ke Kejohanan Dunia Ironman 2025 di Perancis yang berlangsung pada 14 September lalu. – KOSMO! ONLINE
The post Spekulasi netizen, ada orang ketiga antara hubungan BASS? appeared first on Kosmo Digital.