Auto Added by WPeMatico

MENGHARAP kemelut berakhir, menantu kepada pelakon Abby Abadi, Ahmad Aslam mengakui masih belum berkesempatan bertemu dengan ibu mentuanya bagi memohon maaf secara bersemuka.
Bagaimanapun suami kepada pempengaruh Marissa Dania ini berkata dia mempunyai perancangan namun mencari masa yang sesuai untuk berjumpa dengan Abby.
“Saya masih belum bertemu dengan ibu mentua saya (Abby) selepas saya keluarkan kenyataan tempoh hari. Sehingga kini cuma Marissa yang jumpa mama.
Saya ada perancangan untuk bersemuka, Insya-Allah bila ada kelapangan. Saya (tengah) cari masa sesuai untuk jumpa mama,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.
Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah bagi mendaftarkan pengesahan pernikahan mereka di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023
Mengakui kekhilafannya, lelaki terbabit mahu menyelesaikan hal dalaman keluarganya secara baik.
Harapan saya sudah pasti mahu meredakan segala isu yang berlaku. Saya mengaku apa yang terjadi adalah salah saya.
“Saya juga harap tiada pihak yang mengeruhkan lagi keadaan. Saya manusia biasa, ada silap tapi sentiasa ingin perbaiki diri,” ujarnya.
Terdahulu, Abby mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang menuntutnya membuat memohon maaf kepada isteri pertama Aslam atau madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.
Abby kemudian meminta suami Marissa untuk tampil memohon maaf kepadanya berikutan tindakan lelaki itu menikahi anak perempuannya secara rahsia.
Enggan memburukkan lagi keadaan, Aslam menerusi platfrom Thread tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mentuanya. – HIBGLAM
The post ‘Salah saya, cari masa sesuai jumpa mama’ appeared first on HibGlam.