Auto Added by WPeMatico

KUALA NERUS – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengarahkan kerja-kerja pengorekan tanah dan pemasangan paip di kawasan pengumpulan pasir sungai di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri, Perak dihentikan sementara susulan insiden seorang pekerja kontrak maut tertimbus pada kelmarin.
Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) JKKP, Husdin Che Amat berkata, siasatan penuh sedang dijalankan bagi menyiasat kes kemalangan di tempat kerja yang mengakibatkan kematian tersebut.
“JKKP berhak mengeluarkan arahan henti kerja di tapak projek berdasarkan hasil siasatan awal.
“Jika siasat mendapati kemalangan maut itu mempunyai unsur-unsur pelanggaran undang-undang, pegawai JKKP akan buka kertas siasatan sebelum merujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, mangsa, Raja Daniel Iskandar Raja Teh Suhaimi, 25, maut akibat tertimbus dalam timbunan tanah serta batu sewaktu melakukan kerja pengorekan di kawasan berkenaan.
Husdin berkata, pengoperasian semula tempat kerja di lokasi insiden hanya dibenarkan setelah majikan terlibat memberi jaminan prosedur keselamatan telah dipatuhi sepenuhnya.
Beliau berkata, laporan awal insiden kematian pekerja kontrak tertimbus di Bota Kiri itu akan dikeluarkan segera pada masa terdekat. – KOSMO! ONLINE
The post Insiden pekerja korek pasir mati tertimbus, JKKP arah henti operasi appeared first on Kosmo Digital.