Auto Added by WPeMatico

BERA – Seorang lelaki warga emas maut selepas dihempap dahan pokok ketika menunggang motosikal di Kilometer 34 Jalan Kuala Bera-Chenor semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu, mangsa, Kamar Seman,65, dalam perjalanan dari Kampung Batu Papan Tengah menuju ke rumahnya di Kampung Batu Papan di sini.
“Apabila sampai di lokasi kejadian secara tiba-tiba dahan sebatang pokok besar telah patah lalu menghempap mangsa.
“Akibat kejadian berkenaan, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.
Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Bera untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya berdasarkan laporan awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian belakang kepala. – KOSMO! ONLINE
The post Penunggang motosikal maut dihempap pokok appeared first on Kosmo Digital.