Auto Added by WPeMatico

SETIAP kita pasti pernah membandingkan diri dengan kehidupan atau pencapaian orang lain. Menurut Talent Labs, tekanan daripada budaya produktiviti dan keperluan untuk sentiasa sibuk boleh memberi kesan negatif kepada diri sendiri.
Berikut merupakan beberapa situasi dan realiti yang kerap dialami apabila kita merasakan diri seolah-olah ketinggalan di belakang:
Perbandingan boleh memakan diri
Semakin meningkat dewasa, anda mula melihat orang lain memulakan kehidupan dengan pelbagai kejayaan seperti naik pangkat, membina bisnes sampingan dan menambah kemahiran baharu.
Walhal, anda pula masih berusaha mengurus tenaga sendiri dan menyesuaikan hidup mengikut kemampuan peribadi. Kadang kala, rasa mahu mempercepatkan masa agar sampai ke titik hidup yang anda impikan.
Rasa bersalah apabila tiba waktu rehat
Hari demi hari, anda mula mempersoalkan diri sendiri. Bukan kerana tidak mahu berjaya, tetapi kerana orang lain kelihatan sentiasa mendahului. Akhirnya, rehat terasa seperti melakukan satu kesalahan dan memperlahankan kehidupan dianggap sebagai kegagalan.
Terlalu memaksa diri
Tekanan untuk sentiasa “mengejar” sering membuatkan individu memaksa diri belajar lebih cepat dan bekerja lebih keras tidak kira waktu.
Sudah tiba masa untuk ubah pemikiran anda ke arah lebih positif.
- Perlahan tidak bermaksud mengalah
Memilih untuk memperlahankan progres kehidupan bukan tanda kegagalan. Sebaliknya, ia merupakan langkah bijak supaya anda tidak merana dari “burnout”. Apa yang penting adalah progres yang konsisten untuk terus tumbuh.
- Kejayaan bermula dari titik terendah
Demi mencapai kejayaan, ia memerlukan tempoh masa yang panjang. Definisi kejayaan juga tidak semestinya mengenai kenaikan pangkat atau peroleh pingat. Kadang kala, makna kejayaan adalah ketika anda sedang pulih, menyusun semula keutamaan hidup dan belajar memahami diri sendiri. Anda pasti memperoleh cepat atau lambat. -RELEVAN
The post Rasa diri ketinggalan di belakang? appeared first on Relevan.