Auto Added by WPeMatico

PELAKON dan usahawan Wawa Zainal bimbang melihat keadaan kesihatan anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang mengalami sesak nafas secara tiba-tiba selain menyifatkannya sebagai penyakit ain.
Menurut Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, dia memohon maaf sekiranya bisnes kek batik yang diusahakan Hayla yang baru berusia sembilan tahun membuatkan banyak pihak berasa iri hati.
“Alhamdulillah gastrik saya sudah pulih tetapi Hayla pula ganti sesak nafas walaupun tiada kahak. Dia kata susah nak bernafas.
“Saya pun tidak pasti sama ada ini dinamakan penyakit ain? Minta maaf sangat kalau kehadiran kek batik Hayla membuatkan sesetengah pihak kurang senang.
“Kalian ada tak amalan untuk menghindarkan penyakit ain?” katanya dalam Instagram.
Meski bertanya pandangan, dia juga menyelar pendapat supaya tidak memuat naik sebarang hantaran berkaitan promosi kek batik kerana perkara tersebut adalah penting untuk meningkatkan jualan.
“Jangan cakap tidak boleh memuat naik sebarang hantaran, sebagai pengusaha bisnes, kami adalah muka hadapan dan perlu lakukan promosi.
Kalau diberi pilihan tidak muat naik apa-apa, saya memang nak, tak perlukan media sosial pun tak mengapa tetapi apakan daya.
“Siapa lagi nak promosikan jualan sendiri kalau bukan kita?” jelasnya.
Sementara suaminya yang juga pelakon Aeril Zafrel turut melahirkan kebimbangan sama apabila melihat beberapa ahli keluarga kerap sakit mutakhir ini.
Kalian pernah kena penyakit Aain? Kata orang kalau nak elak jangan selalu muat naik gambar tetapi kami jalankan bisnes, memang kena kongsi foto produk juga.
“Apa amalan korang untuk elak atau biar benda ini tak teruk?
“Saya tanya sebab sejak Hayla dan Wawa jual kek batik dan menjadi viral, mereka kerap sakit,” kongsinya dalam aplikasi Thread.
Sebelum ini, Wawa mengakui wujud rasa ragu-ragu untuk membenarkan Hayla untuk terus aktif dalam bidang perniagaan kek batik kerana bimbang kehidupan anaknya tidak sama seperti kanak-kanak lain.
Tahun lalu, Wawa mendedahkan pernah berdepan gangguan yang cuba menggoncang keutuhan rumah tangganya termasuk menerima objek pelik di kediamannya seperti batang pinang, limau dan duit syiling dibakar. – HIBGLAM
The post ‘Tak pasti, ini yang dinamakan penyakit ain? appeared first on HibGlam.