Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan bahawa harga minyak mentah global yang menurun ketika ini tidak serta-merta menyebabkan harga petrol dan diesel di pam turut turun.
Menurut perkongsian kementerian itu di Facebook sebentar tadi, harga runcit bahan api di stesen minyak sebenarnya ditentukan berdasarkan purata harga minggu sebelumnya dan bukannya harga pasaran semasa.
“Harga pam ditentukan berdasarkan purata harga minggu lepas, bukan harga hari ini,” kata kenyataan itu.
MOF menambah, bekalan bahan api semasa juga dibeli pada harga yang lebih tinggi sebelum ini dan masih mempengaruhi harga jualan semasa di pasaran tempatan.
“Harga minyak global melonjak senak lima minggu lalu, meningkatkan kos termasuk logistik dan insurans.
“Harga semasa masih mencerminkan kos bekalan terdahulu yang tinggi sekitar AS$150 setong (petrol) dan AS$250 setong (diesel),” jelas MOF.
Pada masa sama, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan menegaskan bahawa harga minyak bersubsidi terus dikekalkan demi menjaga kesejahteraan rakyat serta membantu mengawal kenaikan harga barangan.
Sebelum ini, MOF memaklumkan harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 9 hingga 15 April dilaporkan meningkat kepada RM6.72 seliter, berbanding hanya RM6.02 sebelum ini.
Sementara itu, harga RON97 tanpa subsidi pula meningkat kepada RM5.35 seliter, manakala RON95 meningkat kepada RM4.27 seliter. – KOSMO! ONLINE
The post Ini sebab kenapa harga petrol, diesel tidak turun appeared first on Kosmo Digital.
