Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – “Abang nak sedekah dekat saya? Tolong saya cari duit,” itulah pertanyaan seorang kanak-kanak lelaki yang duduk di hadapan pintu sebuah kedai serbaneka, sambil memegang sebuah bekas plastik kecil untuk meminta belas ihsan orang ramai.
Menerusi satu video tular di media sosial, kanak-kanak lelaki yang masih prasekolah itu mengakui selain dirinya, kakak dan abangnya juga turut sama meminta sedekah demi kelangsungan hidup.
Kata kanak-kanak itu, kakak dan abangnya masing-masing masih berusia lapan dan sembilan tahun.
Ketika ditanya oleh seorang individu yang menghampirinya, kanak-kanak itu memberitahu bahawa ibunya seorang ibu tunggal dan mempunyai lima orang anak perlu dibesarkan.
“Mak tak bekerja, ibu tunggal anak lima. Mak ayah dah bercerai,” kata kanak-kanak tersebut.
Video yang mendapat tontonan lebih 270,000 itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ada yang kesiankan kanak-kanak tersebut, malah ramai juga mengecam tindakan orang tua mereka kerana membiarkan kanak-kanak masih kecil meminta sedekah.
“Bukan nak cakap apa. Bila ditanya mak mana jawapan dia seolah telah dilatih untuk menyebut ayat itu. Maaf cakap jika saya salah cakap.
“Kena siasat mak dia ni. Sebb seorang mak tak akan sanggup meninggalkan anak dia untuk meminta sedekah, kecuali mereka menolong dengan menjual makanan bersama abang,” komen Samiah Mia.
Sementara itu, di ruangan komen ramai turut meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian tersebut dan sekiranya keluarga kanak-kanak berkenaan dalam situasi susah, segerakan bantuan sewajarnya
“Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak zakat, polis, sila siasat kes ini. Benar-benar perlukan bantuan atau sindiket pemerdagangan?,” kata Shuhada.
“Kalau boleh zakat tolong pantau tengok. Tak tahu nak kata apa,” kata Rosli. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] ‘Abang nak sedekah dekat saya?’ appeared first on Kosmo Digital.