Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Suspek tembak di Sungai Golok yang juga merupakan penjaga gol pasukan bola sepak Kelantan FA pada 2019 pernah menerima 120 jahitan di tangan termasuk 20 jahitan di kepala akibat ditetak selain terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Golok selama sebulan.
Sumber di Thailand berkata, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira empat bulan lalu dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan akibat dendam lama itu suspek nekad dalam kejadian baru-baru ini.
“Setakat ini kita masih melakukan siasatan lanjut sama ada dendam lama ini (suspek parah ditetak empat bulan lalu) menjadi punca dia nekad (membalas dendam). Dikatakan kejadian tersebut (suspek ditetak) berpunca ketika suspek menuntut hutangnya.
“Kita akan melakukan siasatan lanjut dan rapi terhadap suspek yang masih ditahan di Balai Polis Sungai Golok ketika ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan reman selama 80 hari untuk membantu siasatan.
Lelaki yang mempunyai dua kerakyatan itu ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Charoen Khet, Mukim Sungai Golok pada pukul 6 petang kelmarin.-KOSMO! ONLINE
The post Suspek tembak Golok pernah terima 120 jahitan akibat ditetak appeared first on Kosmo Digital.