Auto Added by WPeMatico

RIYADH – Selepas lapan tahun bercinta, bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dan model Georgina Rodriguez akhirnya mengumumkan pertunangan mereka, lapor laman berita ESPN.
Georgina dalam hantaran di platform Instagram memuat naik gambar cincin pertunangan dengan keterangan berbunyi: “Ya, saya setuju. Ketika ini dan sepanjang hidup saya.”
Ronaldo dan Georgina mempunyai empat anak bersama iaitu pasangan kembar Eva Maria dan Mateo, Alana serta Bella (lahir pada 2022).
Saudara kembar Bella meninggal dunia pada 2022.
Pasangan itu juga membesarkan anak sulung Ronaldo, Cristiano Ronaldo Jr.
Ronaldo kini bermain untuk pasukan Al-Nassr FC. – AGENSI
The post Ronaldo, Georgina umum pertunangan appeared first on Kosmo Digital.