Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – Sebanyak 15 individu termasuk ibu kepada dua beradik yang maut selepas kenderaan dinaiki mengelongsor ke dalam Sungai Linggi di Jeti Tanjung Agas di Port Dickson, Khamis lalu telah diambil keterangan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, selain itu, keterangan juga diambil dari saksi-saksi yang berada di tempat kejadian serta saksi yang boleh membantu siasatan.
Menurutnya, siasatan masih diteruskan untuk dilengkapkan, sementara, status pengislaman kedua-dua kanak-kanak (si mati) berkenaan masih di dalam siasatan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
“Bedah siasat telah dijalankan ke atas kedua-dua mangsa pada 5 September lalu (Jumaat) dan
mendapati punca kematian disebabkan lemas. Tiada unsur kekerasan ke atas mangsa.
“Siasatan memerlukan sedikit masa lagi untuk dilengkapkan bagi membolehkan siasatan yang adil dan telus dijalankan dari semua aspek melibatkan keterangan saksi, bukti forensik dan lain-lain elemen siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada pendakwaraya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Ujar Alzafny lagi, setakat ini kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai 5 September lalu sehingga 11 September untuk siasatan lanjut
“Pihak polis mengalu-alukan orang ramai yang melihat kejadian tampil membantu siasatan. Selain itu, orang ramai juga diminta untuk tidak sewenang-wenangnya membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya.
Susulan kejadian tersebut, suspek lelaki tempatan berusia 46 tahun disyaki bapa kepada mangsa dan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun itu pula merupakan kekasih suspek lelaki ditangkap kerana memberi keterangan yang meragukan mengenai kejadian tersebut.
Semakan rekod lampau terhadap suspek lelaki didapati terdapat sebanyak 16 kes di mana empat kes masih dikehendaki (wanted), manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.-KOSMO! ONLINE.
The post 15 individu dipanggil beri keterangan kes dua beradik lemas kereta mengelongsor di Port Dickson appeared first on Kosmo Digital.