Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 4.8 direkodkan berlaku di Borneo, hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kejadian gempa itu dikesan berlaku kira-kira pukul 6.37 petang tadi.
Katanya, kedudukan pusat gempa adalah 2.5 darjah utara dan 102.8 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer serta 227 kilometer selatan dari Sapulut, Sabah.
Tambahnya, gegaran gempa tersebut mungkin dirasai hingga selatan Sabah dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan tersebut. – KOSMO! ONLINE
The post Gempa bumi di Borneo, gegaran hingga Sabah appeared first on Kosmo Digital.