Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Majlis Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4B) yang diketuai Pengerusinya, Mohd. Ridhwan Mohd. Ali.
Anwar dalam hantaran di Facebook berkata kunjungan tersebut bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasa agenda belia sebagai pemacu kemajuan negara.
“Saya menekankan kepentingan memperkukuh semangat dan mempererat penyelarasan antara GB4B dengan kumpulan belia di peringkat akar umbi agar gerakan ini terus relevan dan berimpak,” ujarnya.
Dalam pertemuan tersebut Anwar turut menitipkan pesanan agar GB4B memastikan setiap perancangan masa depan diselaraskan dengan Kementerian Belia dan Sukan serta agensi berkaitan supaya pelaksanaannya menyeluruh, berkesan, dan menepati aspirasi generasi muda hari ini.- KOSMO! ONLINE
The post Anwar tekankan kerjasama strategik, perkasa belia bersama GB4B appeared first on Kosmo Digital.