Auto Added by WPeMatico

LONDON – Alejandro Garnacho mungkin kekal bersama Manchester United selepas tiga kelab Liga Juara-Juara dilapor menolak peluang menandatangani pemain sayap muda itu jendela perpindahan musim panas berbaki dua minggu sahaja lagi.
Arsenal, Tottenham Hotspur dan Atletico Madrid masing-masing melakukan penelitian terhadap Garnacho, tetapi akhirnya memilih untuk mencari pilihan lain bagi memperkuat jentera serangan mereka.
The Gunners telah membawa masuk Noni Madueke dari Chelsea dan kini memberi tumpuan kepada Eberechi Eze, manakala Spurs sedang berunding untuk mendapatkan pemain muda Manchester City, Savinho.
Atletico pula memilih menandatangani Alex Baena dari Villarreal berbanding membawa pulang bekas pemain akademi mereka itu.
Keadaan itu menjadikan Chelsea kini muncul sebagai pilihan utama untuk mendapatkan Garnacho, malah ejennya Carlos Cambeiro dan Enrique de Lucas pernah mengadakan pertemuan bersama pihak The Blues pada Januari lalu.
Garnacho, 22, sebelum ini dilihat sebagai prospek besar akademi United, namun kariernya di Old Trafford semakin malap selepas kerap dipinggirkan daripada kesebelasan utama musim lalu.
Malah, hubungannya bersama pengurus, Ruben Amorim yang regang serta beberapa tindakannya yang mencetuskan kontroversi dan dibenci peminat memungkinkan dia tidak akan didaftarkan oleh United untuk saingan musim ini. – AGENSI
The post Garnacho bakal jadi ‘besi buruk’ di United appeared first on Kosmo Digital.