Auto Added by WPeMatico

![]()
GERIK – Seorang lelaki Orang Asli cedera selepas diserang seekor gajah liar di Jalan Kampung Pengkalan Permai, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Air Banun di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 9.30 pagi ketika mangsa berusia 30 tahun menaiki motosikal bersama rakannya.
“Sampai di lokasi kejadian, abang mangsa yang berada di hadapan ternampak seekor gajah di tepi jalan lalu bertindak memecut laju melintasi haiwan berkenaan.
“Mangsa dan rakannya yang berada di belakang bagaimanapun tidak sempat berbuat demikian, sebelum memberhentikan motosikal bagi menyelamatkan diri.
“Namun, gajah terbabit secara tiba-tiba menarik mangsa sehingga menyebabkan lelaki itu terjatuh ke dalam gaung, manakala rakannya sempat menyelamatkan diri,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan sakit badan serta dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan.- KOSMO! ONLINE
The post Lelaki cedera diserang gajah liar, jatuh dalam gaung appeared first on Kosmo Digital.