Auto Added by WPeMatico

![]()
SKUAD futsal kebangsaan mendapat pengalaman berharga meskipun ‘balik awal’ selepas terkandas di peringkat Kumpulan D selepas tewas semua perlawanan saingan Piala Asia Futsal 2026 di Jakarta, minggu lalu.
Ketua jurulatih skuad negara, Addie Azwan Zainal mengakui barisan pemain telah berikan yang terbaik sepanjang tiga perlawanan peringkat kumpulan menentang negara kuasa besar futsal antarabangsa seperti Iran, Afghanistan dan Arab Saudi.
Addie berkata, beberapa kelemahan khususnya di jentera serangan menyaksikan impian pasukan untuk melangkah ke pusingan kalah mati tidak kesampaian.
“Corak permainan kita tidak teruk tetapi kelemahan utama adalah kegagalan menjaringkan gol. Kepada peminat futsal Malaysia, teruskan menyokong pasukan futsal kebangsaan. Perjalanan kita masih jauh.
“Pasukan berjaya layak ke Piala Asia Futsal 2026 di Jakarta ini dan juga meraih pingat gangsa pada Sukan SEA 2025 di Thailand.
“Walaupun keputusan kurang baik (di Jakarta), para pemain menimba pengalaman yang cukup berguna terutama buat pemain-pemain muda kami,” katanya.
Sebagai rekod, skuad negara tewas besar 1-4 kepada Iran, 0-7 kepada Afghanistan sebelum menutup aksi peringkat kumpulan dengan kekalahan 1-6 kepada Arab Saudi, kelmarin.
Ini adalah penampilan pertama skuad futsal negara dalam kejohanan berprestij di peringkat benua Asia itu sejak edisi 2018 di Taiwan.
Dalam 12 penampilan sejak edisi 1999, skuad Malaysia masih belum berjaya melangkah ke pusingan kalah mati apabila terkandas di peringkat kumpulan. – KOSMO! ONLINE
The post Tersingkir awal bagi pengalaman buat skuad futsal negara appeared first on Kosmo Digital.
