Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Pertemuan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman yang kini digantung tugas dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino adalah atas kapasiti peribadi.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan, pertemuan Noor Azman dan Infantino seperti yang tular sebelum ini berlaku di luar acara atau majlis rasmi FAM mahupun FIFA.
“Kehadiran Datuk Noor Azman atas kapasiti peribadi beliau dan tidak mewakili atau membawa sebarang urusan rasmi FAM.
“FAM ingin menegaskan bahawa sejak dikenakan hukuman penggantungan tugas pada 17 Oktober 2025, Datuk Noor Azman tidak terlibat dalam sebarang aktiviti, mesyuarat atau program rasmi FAM,” katanya.
Laporan portal tempatan hari ini mewujudkan persoalan bagaimana Noor Azman boleh turut serta pada pertemuan dengan Infantino sedangkan FAM pada 17 Oktober lalu mengumumkan hukuman penggantungan tugas Setiausaha Agungnya berkuat kuasa serta-merta susulan siasatan membabitkan FIFA berhubung status tujuh pemain kacukan Harimau Malaya.
Sebagai rekod, FAM sebelum ini mengakui kesilapan daripada pentadbiran menjadi salah satu punca tujuh pemain berdarah warisan digantung oleh FIFA.
Kosmo! turut melaporkan FIFA telah mengeluarkan laporan rasmi bertajuk “Notification of the Grounds of the Decision” FAM telah melanggar peraturan di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA babitkan pemalsuan serta pengubahsuaian dokumen rasmi. – KOSMO! ONLINE
The post Noor Azman tidak wakili FAM – Mohd Yusoff appeared first on Kosmo Digital.