Auto Added by WPeMatico

TANJUNG MALIM – Bedah siasat mayat tanpa identiti yang tergantung pada sebatang pokok di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 2, Trolak di sini kira-kira pukul 5.13 petang semalam mendapati ia merupakan seorang lelaki dewasa.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, ia berdasarkan pemeriksaan mayat manusia separa penulangan dengan kesan mamifikasi.
“Mayat merupakan seorang lelaki dewasa. Terdapat satu objek menyerupai tali pinggang berwarna biru melilit bahagian leher mayat dengan jangka masa kematian dianggarkan sekurang-kurangnya beberapa minggu atau bulan.
“Hasil bedah siasat doktor mengesahkan sebab kematian adalah ‘unascertained’ (mummified remain) selain tiada kecederaan lain pada tubuh mayat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Mayat reput tergantung di ladang sawit rupanya lelaki appeared first on Kosmo Digital.