Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Pelakon Fasha Sandha mengakui kerjaya sebagai selebriti membataskan masanya bersama keluarga, terutama anak-anak.
Menurut Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, situasi tersebut pernah mencetuskan niat untuk tidak lagi meneruskan karier lakonan.
“Kadang-kadang rasa nak berhenti berlakon sebab masa memang tidak cukup.
“Tetapi ini adalah minat saya. Ibu sayang anak-anak ibu, Rayfal, Jemyma dan Aisha. Ibu minta maaf ,” katanya dalam Instagram.
Dia juga tidak terlepas daripada dibebani rasa bersalah terhadap anak-anak yang adakalanya sukar melepaskannya untuk bekerja.
“Ibu minta maaf bekerja terlalu keras dan harap dapat luangkan masa yang lebih banyak dengan awak, sayang (Aisha Amaira)
“Inilah akibat selalu keluar waktu subuh, anak masih tidur dan balik tengah malam dan mereka sudah tidur,” katanya lagi.
Dalam perkongsian sama, dia turut berkongsi video memaparkan anak perempuannya, Aisha Amaira yang menangis dan tidak mahu melepaskannya keluar bekerja.
Aisha merupakan anak hasil perkahwinan Fasha bersama pelakon, Aidil Aziz.
Sebelum itu, Fasha juga memiliki dua orang cahaya mata lain iaitu Putra Rayfal, 12, dan Putri Raysha Jemyma, 11, hasil perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli. – KOSMO! ONLINE
The post Rasa bersalah, kurang masa, Fasha Sandha nak berhenti berlakon? appeared first on Kosmo Digital.