Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA — “Allah angkat darjat awak, sebulan awak imamkan kami di surau Sungai Sekawang sepanjang Ramadan. Esok kita jumpa di PPD PD (Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson).”
Itulah antara komen pengguna dikenali @Faisz Dan Pancing di TikTok pada hantaran video yang dimuat naik pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, Fakhrul Iman Zainudin, 18, hari ini.
Sebelum ini, Fakhrul Iman yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Telok Kemang, Port Dickson dan merupakan seorang hafiz sejak tingkatan tiga turut dinobatkan pelajar cemerlang sekolahnya selepas berjaya meraih keputusan 11A+.
Pengguna @Faisz Dan Pancing menyifatkan kejayaan Fakhrul Iman asbab daripada keperibadian yang baik remaja itu selain sumbangannya sebagai imam tarawih di Surau Kampung Sungai Sekawang, Pasir Panjang, Negeri Sembilan pada Ramadan lalu.
Selain itu, ramai netizen turut menyuarakan harapan agar kejayaan Fakhrul Iman menjadi inspirasi kepada pelajar lain.
“Budak ini hebat, bukan sahaja pendidikannya, tetapi ilmu agamanya,” puji Hafeezah.
“Tahniah Fakhrul! banyak kali lalu banyak kali jugak nangis. terus cemerlang serba serbi okey. Semoga ilmu yang ada dapat memberi manfaat kepada orang lain, dapat bagi inspirasi pada adik-adik yang lain. Jadi gen z di zaman serba AI ni tak mudah, tahniah sebab berjaya harunginya. Semoga berjaya lagi di peringkat seterusnya,” kata @cadnip. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Allah angkat darjat awak, sebulan awak imamkan kami’ appeared first on Kosmo Digital.
