Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Sebuah video menyentuh hati melibatkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan cemerlang mengundang sebak orang ramai.
Menerusi satu hantaran tular di TikTok oleh @Tvpss.Smatkem, video berkenaan memaparkan saat penuh emosi seorang pelajar dikenali sebagai Fakhrul, ketika menerima keputusan peperiksaannya di sekolah.
Fakhrul yang ditemani bapanya tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat keputusan yang tertera di slip tersebut dan terus memeluk erat bapanya sambil mengalirkan air mata kegembiraan.
Kejayaan Fakhrul memperoleh keputusan 11A+ dianggap sebagai satu pencapaian yang luar biasa dan membanggakan.
Menjengah ke ruangan komen, Fakhrul sendiri tampil menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua yang memberikan ucapan tahniah.
“Saya sangat-sangat terharu kepada semua. Dengan peluang ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang sentiasa mendorong saya sehingga ke saat ini. Tanpa doamu, siapalah saya sekarang,” katanya.
Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, turut menyatakan pihak MARA bersedia untuk membantu masa depan pelajar cemerlang tersebut dalam satu hantaran di Threads.
“Insya-Allah MARA akan bantu dan cadangkan untuk beliau masuk dalam program khas pembiayaan pelajar cemerlang ke luar negara atau universiti terkemuka dalam negara dengan pembiayaan penuh MARA,” katanya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah pendedahan daripada beberapa pengguna media sosial yang mengenali bapa Fakhrul sebagai seorang peniaga gerai laksa dan goreng pisang yang terletak di Teluk Kemang, Port Dickson.
“Macam kenal pak cik dgn adik ni. Rasanya berniaga tepi jalan jual laksa dan pisang goreng,” ujar Adrina11.
“Kalau pergi Port Dickson mesti singgah, makanannya sedap dan murah,” jelas @Kam4745 pula.
“Ini ye Fakhrul Iman? Nama yang banyak kali saya baca dalam senarai pelajar cemerlang di Negeri Sembilan. Tahniah dik,” jelas Syafayunus. – KOSMO! ONLINE
@tvpss.smatkem Tahniah Fakhrul Iman atas kecemerlangan #spm2025 #batch08 #smatkem #straightaplus ♬ original sound – TV PSS SMA TELOK KEMANG
The post [VIDEO] Ramai menangis kerana video Fakhrul appeared first on Kosmo Digital.
