Auto Added by WPeMatico

BERGAMO – Ketua Jurulatih Itali, Gennaro Gattuso langsung tidak gentar untuk menggalas tugas sulung bersama pasukan itu menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Estonia di Stadium Gewiss awal pagi esok.
Legenda AC Milan itu dijangka berdepan tugas sukar bagi memastikan skuad Azzurri tidak terlepas ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut selepas gagal melayakkan diri dalam dua edisi terdahulu.
Justeru, Itali wajib mencatat kemenangan ke atas Estonia awal pagi esok bagi meletakkan mereka kembali ke landasan untuk layak apabila sekadar menghuni tangga ketiga Kumpulan I dengan tiga mata.
“Memang benar saya ada rasa sedikit berdebar tetapi apa yang pasti, saya langsung tidak takut untuk berdepan cabaran. Saya tahu ia satu tanggungjawab yang besar kerana pernah menyarung jersi pasukan ini.
“Buat masa sekarang, saya mahu semua pemain memberikan fokus terhadap satu demi satu perlawanan dan jangan pandang terlalu jauh. Kami harus selesaikan apa yang berada di depan mata,” katanya.
Sementara itu, Gattuso turut menegaskan, beliau tidak meminta jaringan yang banyak daripada anak-anak buahnya kerana perkara paling penting adalah untuk memastikan tiga mata berharga.
“Kami tidak akan melangkah masuk ke dalam padang hanya dengan tujuan untuk menjaringkan gol yang banyak. Sejarah pasukan juga menunjukkan Itali tidak banyak memenangi perlawanan dengan jaringan besar,” ujarnya. – AGENSI
The post Gattuso tenang kemudi Itali appeared first on Kosmo Digital.