Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Klaten, wilayah Jawa Timur terkejut apabila menemukan seekor ular tedung mengeram 20 biji telur di bawah kandang haiwan ternakannya, lapor laman berita Detik.
Penemuan itu dibuat selepas penternak dikenali sebagai Hardino itu menemukan kulit ular beberapa hari lalu.
Sukarelawan Exalos Indonesia, Mardiyono Jangkung berkata, penternak itu terdengar bunyi ular mendesis ketika memberi makan kepada kambing.
“Selepas mencari-cari, bunyi tersebut didapati datang dari bawah lantai berhampiran kandang.
“Kami segera merobohkan lantai sebelum menemukan seekor ular tedung sepanjang 1.3 meter bersama 20 telur,” kata Mardiyono.
Tambahnya, proses pemindahan dan penangkapan itu mengambil masa selama satu jam. – AGENSI
The post Ular tedung eram 20 telur bawah kandang kambing appeared first on Kosmo Digital.