Auto Added by WPeMatico

LONDON – Keputusan perlawanan tidak menggambarkan kemampuan sebenar Chelsea apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge malam kelmarin.
The Blues juga boleh dianggap terselamat apabila jaringan Eberechi Eze pada minit ke-13 dibatalkan apabila Marc Guehi didakwa berada terlalu hampir dengan benteng selepas pengadil merujuk video bantuan pengadil (VAR).
Pengurus Chelsea, Enzo Maresca tetap gembira dengan aksi dipamerkan anak-anak buahnya selain memberi jaminan mereka akan menunjukkan peningkatan dalam perlawanan akan datang sebaik sahaja semua pemain serasi sepenuhnya.
“Kami bersaing dan cuba untuk memenangi perlawanan. Saya fikir kami memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol pada penghujung perlawanan menerusi Estevao (Willian) dan Andrey Santos.
“Palace sudah bermain tujuh hingga lapan perlawanan pramusim dan hanya ada dua aksi persahabatan bagi memberikan minit permainan kepada pemain. Apa yang pasti, kami akan bertambah baik selepas ini,” katanya.
Sementara itu, beliau juga mengakui pening kepala memikirkan mengenai masalah kecederaan yang melanda pemain-pemain pertahanan sehingga terpaksa menurunkan pemain muda, Josh Acheampong sebagai bek tengah.
“Memang benar Wesley (Fofana) berada di bangku simpanan tetapi hanya untuk bersama pasukan. Memang saya tidak bercadang untuk menurunkannya, mungkin dia ada peluang bermain dalam perlawanan akan datang,” ujar Maresca. – AGENSI
The post Maresca janjikan kebangkitan Chelsea appeared first on Kosmo Digital.