Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Diganggu beramai-ramai oleh cik langsuir selama dua malam di rumah banglo berhantu, hingga terpaksa berjaga sampai ke subuh.
Itu pengalaman dilalui satu keluarga sewaktu percutian tiga hari dua malam melibatkan 20 orang ketika menginap di sebuah banglo di Cameron Highlands.
Kisah seram itu diceritakan seorang pengguna Facebook Sinar Syafiq yang mana gangguan cik langsuir itu telah bermula sejak hari pertama mereka tiba di sana.
“Sepanjang peginapan kami diganggu oleh cik langsuir. Di mana-mana dia berada di luar rumah, atas koridor, di dalam rumah, dalam bilik. Ceritanya lima orang dalam keluarga yang terawal diganggu pada hari pertama kami daftar masuk banglo.
“Tapi masing-masing mendiamkan diri takut anak-anak dan ahli kelurga yang lain takut. Sampai lah di malam kedua malam terakhir, pukul 2 pagi kami diganggu beramai-ramai oleh cik langsuir membuatkan ada yang tak tidur sampai subuh.
“Namun sebab ramai-ramai, kami tetap enjoy (seronok) rumah besar cantik, Cameron Highlands tetap di hati. Tunggu kami mai (datang) lagi,” katanya pada hantaran berkenaan.
Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Facebook yang lain, malah ada daripada mereka berkongsi pengalaman seram ketika bercuti.
“Tahun 2019 saya dengan keluarga serta keluarga besan sewa satu apartmen. Atas bunyi orang memuja apa entah, seram juga. Tapi buat tak faham saja. Mujur kami ramai, jadi buat tak faham saja lah. Nasib tak ada gangguan lain,” kata Zainani Zakaria.
“Langsuir pun enjoy,” komen Ani Salim secara berseloroh.
“Kenapa tak ganggu balik langsuir tu. Azan ramai-ramai,” komen Raden Cindai Kirana secara bergurau. – KOSMO! ONLINE
The post Percutian diganggu cik langsuir, kami tetap enjoy! appeared first on Kosmo Digital.