Auto Added by WPeMatico

SEBERANG PERAI – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Jelebu, Negeri Sembilan yang melarikan diri, Selasa lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, lima daripada pelatih itu berjaya ditahan manakala seorang lagi masih dikesan.
“Siasatan dalaman sedang dibuat oleh AADK untuk melihat daripada pelbagai sudut dan aspek apakah penyebab perkara ini berlaku.
“Kita tunggu siasatan dalaman dibuat dan berdasarkan laporan yang diperolehi nanti, sudah tentu kita akan ambil tindakan berkaitan untuk menyelesaikan permasalahan ini. Siasatan ini turut dijalankan dengan kerjasama AADK Daerah Jelebu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Libat Urus bersama
AADK dan PEMADAM Pulau Pinang, Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen.
Terdahulu, media melaporkan, polis menerima maklumat enam pelatih Puspen tersebut kira-kira pukul 1 pagi dan operasi mengesan serta menangkap pelatih dilancarkan termasuk menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Anggota Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Jelebu.
Salah seorang dari enam pelatih yang melarikan diri telah berjaya ditangkap semula di kawasan berhampiran kilang Rotan Titi Cane, Kongkoi, Jelebu, iaitu berjarak kira-kira lima kilometer (km) dari Puspen Jelebu kurang 24 jam dari kehilangan. -KOSMO! ONLINE
The post AADK jalankan siasatan dalaman kes pelatih Puspen Jelebu lari appeared first on Kosmo Digital.