Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menempatkan anggotanya setiap hari di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Cerakah, Meru, Klang susulan kemalangan membabitkan empat kenderaan pada 21 Oktober lalu.
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, pusat pemantauan tetap telah dibuka di lokasi berkenaan sejak dua minggu lalu bagi memastikan semua pengguna jalan raya termasuk pemandu lori mematuhi peraturan.
“Anggota bertugas setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 11 malam bagi menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan.
“Sejak pusat itu dibuka, kita dapati pengguna jalan raya menunjukkan pematuhan lebih baik terhadap undang-undang,” katanya selepas menyaksikan Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Selangor Siri 3/2025 di Ibu Pejabat JPJ Selangor di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan jumlah kenderaan khususnya melibatkan kenderaan berat di lokasi tersebut setakat ini.
Menurut Azrin, JPJ turut menjalankan siasatan dalaman melalui Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) bagi menilai tahap pematuhan syarikat lori terhadap peraturan jabatan itu.- KOSMO! ONLINE
The post JPJ pantau Jalan Bukit Cerakah setiap hari selepas kemalangan empat kenderaan appeared first on Kosmo Digital.