Auto Added by WPeMatico

MADRID – Real Madrid nyaris berputih mata di laman sendiri apabila hampir mensia-siakan kelebihan tiga gol sebelum menewaskan Celta Vigo 3-2 dalam aksi mendebarkan di Santiago Bernabeu kelmarin.
Kemenangan itu memastikan skuad Carlo Ancelotti terus memburu takhta La Liga dengan 75 mata, hanya empat di belakang pendahulu, Barcelona menjelang pertembungan El Clasico minggu depan.
Aksi itu turut menyaksikan kejutan taktikal apabila bintang muda Turkiye, Arda Guler diberikan kepercayaan dalam kesebelasan utama dan membalasnya dengan gol pembukaan yang menakjubkan hasil sepakan kaki kiri menewaskan penjaga gol Celta, Vicente Guaita.
Kylian Mbappe kemudiannya menyempurnakan dua lagi gol menerusi serangan balas pantas sebelum memanfaatkan hantaran cantik daripada Guler sejurus babak kedua bermula.
Bagaimanapun, Real goyah selepas itu apabila Celta bangkit menerusi jaringan Javi Rodríguez pada minit ke-68 sebelum Swedberg merapatkan kedudukan tujuh minit kemudian hasil gerakan Iago Aspas.
Dengan El Clasico hanya berbaki seminggu, Real bakal turun sebagai ‘underdog’, namun pengalaman Ancelotti dijangka menjadi senjata utama untuk menggugat Barcelona dalam perebutan takhta La Liga musim ini.
“Sudah tentu (El Clasico) boleh menjadi penentu. Jika kami menang, kami hanya kekurangan satu mata di belakang tetapi sebaliknya, kejuaraan musim ini akan kekal berada dalam tangan Barcelona,” kata Ancelotti. – AGENSI
The post El Clasico penentu takhta La Liga appeared first on Kosmo Digital.