Auto Added by WPeMatico

SUBANG JAYA – Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan video lucah yang diterima Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut.
“Siasatan diteruskan bagi mengesan penghantar e-mel berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa diperas ugut sebanyak AS$100,000 (RM420,500) oleh pihak yang mengaku memiliki video lucah membabitkan dirinya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau menerima ugutan melalui e-mel yang mendakwa video lucah tersebut melibatkan dirinya dengan seorang lelaki.
Rafizi berkata, ugutan melalui e-mel tersebut menyertakan tangkap layar video lucah berserta kod QR untuk beliau membuat bayaran AS$100,000 sekiranya tidak mahu video itu disebarkan.
Menurut beliau, tangkap layar kabur tersebut memperlihatkan seorang lelaki, katil dan bilik, namun beliau dimaklumkan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen turut menerima ugutan sama. – KOSMO! ONLINE
The post Polis siasat ugutan video lucah terhadap Ahli Parlimen Subang appeared first on Kosmo Digital.