Auto Added by WPeMatico

TANGKAK – Seorang lelaki warga emas terpaksa berputih mata apabila wang simpanan yang dikumpul berpuluh tahun berjumlah RM57,290 lesap angkara terpedaya individu menyamar pegawai Bank Negara.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, mangsa berusia 69 tahun itu mendakwa menerima khidmat pesanan ringkas daripada seorang individu tidak dikenali.
Menurutnya, kerana percaya dengan kata-kata suspek, mangsa memberikan maklumat aplikasi perbankan atas talian kepada individu terbabit, semalam.
“Sebaik berjaya mendapat akses daripada mangsa, individu terbabit segera memindahkan wang dari dalam akaun mangsa.
“Siasatan mendapati suspek memindahkan wang berjumlah RM57,290 menerusi empat transaksi ke akaun disyaki akaun keldai. Tidak lama selepas itu, mangsa mendapati semua wang simpanan dalam akaunnya sudah tiada,” katanya di sini hari ini.
Mangsa berasa tertipu kemudian membuat laporan polis dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE
The post Duit simpanan RM57,290 lesap dikebas ‘pegawai’ Bank Negara appeared first on Kosmo Digital.