Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Tahukah anda, satu daripada tiga kanak-kanak di Malaysia berisiko mengalami anemia, dengan kekurangan zat besi sebagai punca yang paling biasa?
Bayangkan potensi anak anda diragut sebelum sempat bersinar, hanya kerana kekurangan zat besi sedangkan ia adalah ancaman senyap yang boleh dicegah lebih awal.

Anemia akibat kekurangan zat besi (IDA) ialah satu keadaan yang boleh menjejaskan perkembangan otak dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak secara serius.
Kajian menunjukkan, IDA boleh meninggalkan kesan jangka panjang yang tidak dapat dipulihkan terhadap perkembangan otak.
Malah, kanak-kanak yang terjejas mempunyai skor darjah kecerdasan otak (IQ) sehingga 13 peratus lebih rendah berbanding rakan sebaya mereka.
Walaupun prevalens IDA adalah tinggi, namun tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa masih sangat rendah sekali gus menjadi cabaran besar, bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kepada kesihatan generasi masa depan.
Ramai dalam kalangan mereka tidak menyedari kesan jangka panjang IDA yang tidak dirawat, tambahan kebanyakan kes tidak menunjukkan sebarang gejala yang jelas.
Tahap kesedaran rendah ini sering mengakibatkan terlepasnya peluang untuk pengesanan awal dan pelaksanaan intervensi IDA, sedangkan ia penting untuk mencegah kesan perkembangan yang tidak boleh dipulihkan.
Sila semak sama ada Si Manja anda berisiko mengalami masalah kekurangan pengambilan zat besi dengan klik di pautan ini.

Sebagai jenama yang komited terhadap pemakanan kanak-kanak, Dumex Dugro® tampil dengan inisiatif ‘Generasi Kuat Zat Besi’ sejak 2023 bagi meningkatkan kesedaran dan memperkasakan ibu bapa agar dapat melindungi masa depan anak mereka.
Pelancaran Kempen Generasi Kuat Zat Besi Tahun 2025 tertumpu kepada program ‘Galeri Kuat Zat Besi’ oleh Dumex Dugro®, iaitu sebuah acara hebat yang bakal menggemparkan IOI City Mall dengan pelbagai aktiviti interaktif, ilmu bermanfaat, dan keseronokan untuk seisi keluarga.
Ayuh, bawa seisi keluarga ke Acara Dumex Dugro® Kuat Zat Besi yang akan berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya (LG West Wing) dari 20 hingga 24 Ogos 2025 ini! Pelbagai aktiviti menarik dan ganjaran Istimewa menanti anda!

Pada acara berkenaan, kisah inspirasi lima figura berpengaruh (KOL) iaitu Atlet Paralimpik Negara, Muhammad Ziyad Zolkefli; Pencipta Kandungan, Mekyun; Ahli Bioteknologi dan Komunikator Sains, Dr. Mahaletchumy Arujanan; Jurutera Nanoteknologi, Fakhirah Khairuddin; serta Little Bornean Birdie yang juga merupakan Duta Budaya dan Penghibur, Dion Das, akan dipaparkan secara eksklusif di ‘Wall of Iron Strong’.
Mereka yang juga membesar bersama Dumex Dugro®, bukan sekadar wajah kempen semata-mata malah menjadi bukti komitmen Dumex Dugro® dalam menyokong perkembangan 360° kanak-kanak dari segi fizikal, mental dan emosi.
Suara mereka menjadi inspirasi kepada generasi ibu bapa baharu untuk menyedari kepentingan zat besi dan pemakanan awal dalam tumbesaran anak-anak.

Selain itu, ketahui tahap pengambilan zat besi anak anda melalui saringan anemia yang disediakan secara percuma untuk ibu bapa di acara tersebut.

Keterujaan berganda, acara dimeriahkan dengan peluang orang ramai menebus hadiah-hadiah menarik! Hanya beli produk Dumex Dugro®, kumpul cop di setiap stesen aktiviti sehingga lengkap dan nikmatilah pengalaman manis sepanjang ‘pengembaraan’ pada sesi berkenaan.

Dumex Dugro® menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada anda sekeluarga bermula daripada permainan mengujakan dan aktiviti interaktif penuh warna, sehinggalah pembelajaran yang menyeronokkan.
Jadi apa tunggu lagi? Tandakan pada kalendar anda, dan bersiap sedialah untuk meneroka lima hari penuh keseronokan seisi keluarga ke program ‘Galeri Kuat Zat Besi’ oleh Dumex Dugro®, IOI City Mall bermula 20 hingga 24 Ogos ini.
Produk Dumex Dugro® yang menjadi pilihan para ibu bapa, mengandungi Zat Besi Aktif untuk 3X penyerapan.
Ia dirumus khas dengan kombinasi optimum nisbah vitamin C: zat besi antara 3 dan 4 iaitu dalam lingkungan yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi meningkatkan penyerapan zat besi.
Dumex Dugro® juga mengandungi DHA tertinggi dan EPA antara jenama utama serta lengkap dengan 21 vitamin dan mineral penting bagi membantu perkembangan otak kanak-kanak.
Dumex Dugro® NextGen NUTRI dengan Zat Besi Aktif Langkah 3 juga didatangkan dalam perisa Asli, Madu atau Coklat.

Rujukan: 1 Agaoglu, L., Torun, O., Unuvar, E., Sefil, Y., & Demir, D. (2007). Effects of Iron Deficiency Anemia on Cognitive Function in Children. Arzneimittel-Forschung (Drug Research), 57(6a), 426-430
*Dengan kombinasi optimum nisbah vitamin C:Zat Besi antara 3 dan 4, dalam lingkungan yang disyorkan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan Zat Besi.
The post Anemia kekurangan zat besi menjejaskan perkembangan otak kanak-kanak, Dumex Dugro® tekad bina Generasi Kuat Zat Besi appeared first on Kosmo Digital.