Auto Added by WPeMatico

KLANG – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Batu Belah malam tadi, dipercayai maut selepas melanggar kenderaan yang membuat pusingan U di lokasi tersebut.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam, mangsa lelaki berusia 42 tahun yang menunggang motosikal jenis Ducati dan kereta tersebut sedang menghala ke Jalan Kapar dari Plaza Tol Bukit Raja Grand Sepadu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, hasil siasatan mendapati penunggang motosikal sedang memotong di garisan berkembar di lokasi berkenaan.
Katanya, mangsa merupakan warga tempatan berkenaan gagal mengelak kenderaan yang berada di hadapan sedang membuat pusingan U.
“Lokasi tersebut tidak dibenarkan membuat pusingan U. Impak pelanggaran tersebut mengakibatkan penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, pemandu kenderaan tersebut berusia 27 tahun yang tidak mengalami kecederaan telah tampil membuat laporan polis.
Tegasnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu kereta mendapati tiada terkesan sebarang kandungan dadah.
“Polis minta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut agar menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Kishen Raj di talian 011-26249291 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Batu Belah, di sini malam tadi. – KOSMO! ONLINE
The post Penunggang Ducati maut langgar kereta buat pusingan U appeared first on Kosmo Digital.