Auto Added by WPeMatico
Hannah puji kepimpinan Anwar, Dr. Wan Azizah pertahankan Malaysia berbilang kaum

![]()
PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menyifatkan dirinya sebagai individu yang sangat bertuah apabila berpeluang bekerja rapat bersama dua tokoh utama negara dalam usaha membina semula Malaysia.
Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau berkongsi dua keping gambar detik bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut Hannah, meskipun kedua-dua pemimpin itu mempunyai gaya kerja yang berbeza, terdapat tiga persamaan ketara yang menyatukan mereka dalam kepimpinan negara.
“Kedua-duanya mempunyai gaya kerja yang sangat berbeza, tetapi berkongsi tiga persamaan. Kedua-duanya akan mempertahankan Malaysia berbilang kaum.
“Kedua-duanya amat prihatin terhadap pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak serta kedua-duanya benar-benar mencintai negara (ini jelas terserlah melalui cara mereka menguruskan krisis),” katanya.
Dalam nada berseloroh, Hannah namun berkongsi satu perbezaan ketara antara mereka berdua apabila menyatakan Dr. Wan Azizah sebagai seorang doktor lebih mahir menguruskan tekanan kerja.
“Satu-satunya perbezaan yang dapat saya nyatakan, seorang ialah doktor dan tahu cara mengurus tekanan dengan lebih baik. Yang bukan doktor pula bekerja dan bekerja dan bekerja tanpa henti,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Hannah puji kepimpinan Anwar, Dr. Wan Azizah pertahankan Malaysia berbilang kaum appeared first on Kosmo Digital.