Auto Added by WPeMatico

![]()
ROM – Seorang jurugambar astrofografi merakam fenomena lingkaran gergasi berbentuk cincin berwarna merah muncul di langit Itali, lapor akhbar Metro UK.
Valter Binotto merakam pemandangan luar biasa itu di bandar Possagno, wilayah Treviso.
Fenomena aneh yang berkilauan seperti bunga api dan menyerupai donat itu dikenali sebagai Elves, sebahagian daripada Peristiwa Transient Luminous (TLE).
Lingkaran cahaya itu terbentuk di ionosfera rendah, kira-kira 90 kilometer hingga 100 kilometer di atas Bumi dan atas petir yang kuat.
Menurut Binotto, beliau menghabiskan masa hampir sedekad untuk menjejaki paparan altitud tinggi dan merakam Elves buat pertama kali pada Mac 2023 yang terletak beratus-ratus kilometer dari rumahnya.
Bercakap tentang rakaman terbaharunya itu, Binotto berkata: “Lokasi penggambaran adalah sama iaitu Possagno, manakala ribut petir berlaku di Laut Adriatik, di hadapan pantai wilayah Marche, 380 kilometer dari rumah saya.
“Namun, ia berbeza daripada yang sebelumnya kerana selain Elves, kilat itu juga menghasilkan Sprite (denyutan cahaya merah dengan bentuk ubur-ubur) yang cantik. Ini adalah imej pertama dan satu-satunya yang pernah dirakamkan bagi kejadian sedemikian,” katanya. – AGENSI
The post Lingkaran cincin bentuk donat dirakam di Itali appeared first on Kosmo Digital.