Auto Added by WPeMatico

KOTA KINABALU – Seorang doktor dari Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Queen Elizabeth (HEQ) bakal dipanggil pada prosiding inkues kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang disambung hari ini.
Salah seorang peguam yang mewakili ibu Zara, Shahlan Jufri berkata jika masa mengizinkan, ketua warden asrama juga mungkin akan dipanggil sejurus keterangan pihak doktor selesai diambil.
Menurutnya, enam saksi setakat ini sudah memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Antara mereka ialah pakar patologi forensik Dr Jessie Hiu, yang menjalankan bedah siasat; pemeriksa dokumen Nurul Atiqah Mohd Noh; doktor jabatan kecemasan Dr Janefer Voo; pegawai perubatan bedah saraf Dr Pavankumar Balachandran; pegawai Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI), Inspektor Maidon Bernadus; dan pengawal keselamatan Linah Mansoding, yang bertugas pada malam Zara Qairina ditemui.
Mahkamah Koroner tidak mengeluarkan perintah larangan rasmi (gag order), tetapi mengingatkan semua pihak termasuk media mengenai tanggungjawab mereka di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.
Sehubungan itu, lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak hanya dikenali dengan huruf A, B, C, D dan E sepanjang inkues berlangsung. – KOSMO! ONLINE
The post Inkues Zara Qairina: Doktor, ketua warden beri keterangan appeared first on Kosmo Digital.