Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyarankan penganjuran doa selamat dan solat hajat di masjid dan surau di seluruh negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, doa selamat dan solat hajat itu diadakan bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan berterusan kepada rakyat dan negeri Johor susulan dua kejadian gempa bumi lemah direkodkan berlaku di Segamat.
“Berikutan gempa kecil di Daerah Segamat, saya telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor agar menyarankan penganjuran doa selamat dan solat hajat di masjid dan surau bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan berterusan kepada rakyat dan Negeri Johor Darul Ta’zim.
“Semoga Allah memelihara keselamatan kita semua,” tulisnya dalam hantaran facebook rasmi miliknya hari ini.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kejadian gempa bumi pertama direkodkan berlaku pada pukul 6.13 pagi berukuran 4.1 magnitud pada radius lima kilometer dari pusat bandar Segamat.
Manakala kejadian kedua pula dicatatkan berlaku pada pukul 9 pagi berlaku di koordinat 2.2° Utara dan 103.1° Timur dengan magnitud 2.8 serta jarak 28 kilometer (km) Barat Laut Kluang, Johor dengan kedalaman 10km. – KOSMO! ONLINE
The post Gempa Segamat: Johor arahkan anjur doa selamat, solat hajat appeared first on Kosmo Digital.